Arena e-Sukan Malaysia kini sudah berada di tahap membanggakan malah menjadi idaman anak mudah untuk menceburinya. Bagaimanapun, sebahagian kita ada yang berpendapat kerjaya di dalam e-Sukan bukanlah suatu yang lumayan atau tidak menjamin masa hadapan yang cerah.

Menerusi laporan terbaharu, jika dibandingkan pemain e-sukan di Malaysia dan di Jordan, mereka memperoleh pendapatan 24 kali ganda lebih tinggi daripada purata pendapatan tahunan dalam negara masing-masing yang merupakan hasil pendapatan tertinggi di dunia.

Sumber Gambar: Facebook

Dilaporkan bahawa purata pendapatan tahunan pemain e-Sukan di Jordan adalah $737,125 (~RM3.3 juta). Sementara purata pendapatan tahunan pemain e-sukan Malaysia pula mampu mencapai sekitar $568,141 (~RM2.5 juta).

Di tempat ketiga ialah Moldova, di mana purata pendapatan tahunan pemain e-sukan ialah 19 kali ganda purata gaji tahunan negara. Pemain e-sukan Jordan, Malaysia dan Moldova memperoleh pendapatan tertinggi melalui permainan arena pertempuran dalam talian iaitu Dota2.

Sumber Gambar: Kakuchopurei

Namun, ia bukanlah suatu yang mudah untuk sampai ke tahap profesional kerana anda memerlukan mental dan fizikal yang kuat. Anda juga nestu lebih menonjol dan berbakat untuk mampu bersaing dengan sejumlah pemain profesional di peringkat global.

Tahukah anda pasukan e-Sukan yang menyumbang tiga pingat emas buat Malaysia hampir tidak dapat terbang ke Sukan Komanwel baru-baru ini?

Hampir Tidak Dapat Terbang Ke Sukan Komanwel, Pasukan e-Sukan Hadiahkan 3 Pingat Emas Buat Malaysia

Berjaya Naikkan Industri E-Sukan Tempatan, Soloz Terima Pingat Jasa Kebaktian, Negeri Sembilan

Sumber